BUKAN sahaja didakwa bersikap curang malah penyanyi Virgoun dikatakan meminta izin isterinya untuk berpoligami. Perkara itu didedahkan oleh peguam isterinya, Inara Rusli yang memberitahu penyanyi itu mahu berkahwin dengan wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga mereka. "Dua hari sebelum sambutan Aidilfitri, Virgoun beritahu mahu mengahwini wanita yang dikaitkan curang dengannya sebelum ini," katanya seperti dilaporkan Detik. Inara mahu pertahankan hak penjagaan anak. Tambahnya, Inara mendedahkan hubungan sulit Virgoun disebabkan sudah hilang sabar apabila penyanyi itu mengulangi perbuatan sama. Bahkan, seperti yang didedahkan Inara, suaminya itu pernah menulis surat perjanjian tidak mahu lagi bermain kayu tiga. ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun dan Inara Rusli pilih jalan damai, harap Tenri Anisa tarik laporan polis Dalam masa sama, Inara juga sudah bersedia dengan 52 bukti bertulis bagi prosiding kes cerai mereka pada 26 Julai ini. Segala bahan bukti bakal dikemukan supaya Inara dapat mempertahankan hak penjagaan anak. "Wanita mana yang boleh bersabar apabila suaminya secara terangan bersikap curang. Virgoun pernah membuat kenyataan bertulis tidak mahu curang lagi. "Kalau ada sebarang bantahan dari pihak Virgou, kami sudah sedia membela diri," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!