suria

Tiada lagi Cita Citata, kini mahu dikenali dengan nama Cita Rahayu… “Selamat datang diriku yang dulu”

Cita tidak lagi mahu menggunakan nama pentas sebagai Cita Citata.

PENYANYI dangdut Cita Citata memaklumkan dia tidak lagi menggunakan nama itu dan selepas ini mahu dikenali sebagai Cita Rahayu.

Kata Cita, dia mahu merehatkan nama tersebut kerana sudah banyak pengalaman pahit dan manis yang dilaluinya sepanjang bergelar anak seni.

CITAA

Cita mahu dikenali sebagai Cita Rahayu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cita Citata walaupun ia adalah diri saya sendiri.

"Dia (merujuk kepada nama Cita Citata) cukup kuat mengharungi segala dugaan dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya sudah setahun bernikah, Cita Citata kongsi erti bahagia jadi isteri cucu bekas presiden Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Lama pendam hasrat, Cita Citata tampil bertudung... tolak tawaran nyanyi lagu dangdut

"Sekarang sudah tiba masanya Cita Citata beristirahat dengan momen dan pengalaman proses kematangan yang dialaminya," katanya.

Cita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Cita bagaimanapun berharap agar keputusannya ini tidak mengecewakan peminat dan menyambut kembali dirinya dengan nama baharu.

"Selamat datang kembali diriku yang dulu dan sebenarnya iaitu Cita Rahayu.

citaaaa

Cita pernah popular menerusi lagu Goyang Dumang.

"Semoga anda (peminat) semua tidak kecewa dan menerima saya seadanya," ujarnya.

Untuk info, Cita memulakan kerjaya sebagai penyanyi dangdut pada 2014 dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini.

Pada 2015, penyanyi itu juga turut menempa kejayaan menerusi video muzik lagu Goyang Dumang yang berada di kedudukan kedua dalam kategori video muzik paling popular yang dilancarkan di saluran YouTube.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain