suria

Bekas suami dedah punca cerai... Dewi Perssik mengaku sering ‘naik hantu’, ada sebab jadi isteri garang

Rumah tangga Saipul dan Depe hanya bertahan selama tiga tahun.

PENYANYI dangdut Dewi Perssik menegaskan dia ada alasan tersendiri menjadi seorang isteri yang tegas ketika bergelar isteri kepada Saipul Jamil sebelum ini.

Kata Dewi atau mesra disapa Depe, 37, sikap garangnya itu adalah bertujuan untuk membela diri apabila ada mana-mana pihak bertindak kasar terhadap dirinya.

"Semua orang tahu saya seorang yang garang. Saya garang kerana ada orang yang kurang ajar dengan saya," katanya seperti yang dipetik dari Suara.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik dihalang laksana ibadah korban, kena bayar RM31,000 kalau mahu agih daging

Dewi menjawab perkara itu sebagai respons kepada pendedahan yang dibuat oleh Saipul tentang masalah dalam rumah tangga mereka sebelum ini.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar berpisah dengan Saipul pada 2008 selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman TikTok, Saipul memberitahu dia menceraikan Dewi kerana tidak tahan dengan sikap wanita itu yang sering naik hantu ketika mereka masih bergelar suami isteri.

depe 2

Depe mengakui dirinya seorang yang tegas.

"Dewi seorang yang garang. Selama dia menjadi isteri, dia ada perasaan curiga sedangkan saya tidak pernah curang," cerita Saipul.

Sementara itu dalam kisah berbeza, Saipul baru-baru ini dikaitkan dengan usahawan lelaki bernama Rizka Atok yang bercerai dengan isterinya selepas 'kantoi' menjalinkan hubungan sejenis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain