BELUM lagi reda tentang khabar penceraiannya, penyanyi Ariana Grande dilaporkan sudah bertemu pengganti suaminya iaitu Dalton Gomez. Daily Mail melaporkan, penyanyi berusia 30 tahun itu kini sedang hangat menjalinkan hubungan dengan Ethan Salter sejak Mei lalu. Difahamkan pasangan berkenaan mula akrab ketika menjalani penggambaran filem Wicked. Ariana dan Ethan hangat bercinta sejak Mei lalu. Menerusi filem berkenaan, mereka memainkan peranan sebagai pasangan kekasih yang mana Ethan memegang watak Boq manakala Ariana pula sebagai Galinda. Bagaimanapun hubungan tersebut menimbulkan keraguan ramai memandangkan Ethan sebelum ini pernah menitip kiriman penuh kasih sayang kepada isterinya Lilly Jay pada 14 Mei lalu meskipun mereka telah berpisah. Namun Ethan tidak pernah memaklumkan punca dia dan isterinya itu berpisah. ARTIKEL BERKAITAN: Ariana Grande tak pakai cincin kahwin, rupanya sudah berpisah dengan Dalton Gomez sejak Januari ARTIKEL BERKAITAN:Pandemik punca perkahwinan Ariana Grande bermasalah, suami dah ada teman wanita baharu Sebelum ini, perkahwinan Ariana bersama suami dilaporkan bermasalah selepas pandemik Covid-19 berakhir. Malah pasangan berkenaan pernah cuba untuk membaiki perkahwinan mereka pada Mei lalu namun hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja. Untuk rekod, Ariana dan Dalton mengikat tali pertunangan secara rahsia pada Mei 2021 dan berkahwin pada tahun sama. Dalton ketika itu melamar Arian dengan sebentuk cincin mutiara bertatahkan berlian milik neneknya pada Disember 2020. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!