suria

Bekas suami pertama belum berubah, Dewi Perssik ada bukti Saipul Jamil pengamal pedofilia

Dewi membalas kenyataan Saipul dengan membuka kisah lama.

PERSENGKETAAN antara penyanyi Dewi Perssik dan bekas suami pertamanya iaitu Saipul Jamil semakin hangat apabila dia sengaja mendedahkan kembali kisah hitam lelaki berkenaan kepada umum.

Terbaharu Dewi berkongsi video pendek menunjukkan kes pada tahun 2016 yang mana ketika itu Saipul ditahan pihak berkuasa atas kesalahan mencabul remaja lelaki bawah umur.

Malah dia juga berkeras mahu menunjukkan beberapa bukti lain tentang sikap sebenar Saipul.

depe 1

Dewi semakin terbuka mendedakan aib Saipul.

"Tahun 2016 kes pencabulan remaja di bawh umur 18 tahun. Masih ada bukti yang lain... tunggu," tulis pada ruangan kapsyen pada sebuah video di TikTok.

Sementara itu membalas komen netizen, Dewi turut menjelaskan Saipul mengalami masalah peribadi dan mendakwa lelaki itu sebagai pengamal Pedofilia.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami dedah punca cerai... Dewi Perssik mengaku sering ‘naik hantu’, ada sebab jadi isteri garang

"Kalau katanya sudah bertaubat, itu adalah mengarut. Dia ada penyakit yang harus dapat rawatan psikiatri. Apa yang dia cakap di depan kamera tidak sama dengan dirinya sebenar," katanya.

Sebelum itu Saipul yang juga merupakan seorang penyanyi juga membuka aib Dewi dengan mendedahkan wanita itu pernah meminta mereka melakukan hubungan intim ketika dalam tempoh haid.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain