PENAMPILAN penyanyi Lisa Blackpink mengenakan stoking koyak pada bahagian ibu jari kaki mencuri perhatian peminat. Perkara itu dikongsi sendiri Lisa menerusi IG Story miliknya yang memperlihatkan stoking berwarna merah jambu yang dipakai koyak sehingga menampakkan kuku ibu jarinya. Sarung kaki itu juga sudah kelihatan lusuh namun dipercayai ia adalah stoking kegemarannya. Stoking Lisa berlubang jadi perhatian. Peminat bagaimanapun memuji penyanyi itu yang disifatkan sebagai rendah diri meskipun seorang jutawan. Apa menarik perhatian adalah seorang peminat mendakwa sarung kaki yang dipakai Lisa adalah pemberiannya. ARTIKEL BERKAITAN: Gaya rambut ’fringe’ Lisa sudah tiada, tampil yakin dedah dahi di acara karpet merah ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat Lisa teman ibu ke pasar jadi perhatian, rileks jalan tanpa bodyguard "Dia banyak duit tapi tetap pakai stoking berlubang... Seorang yang rendah diri, tak malu tunjuk stoking dia koyak. "Stoking itu saya hadiahkan pada tahun 2020, tak sangka Lisa pakai juga stoking murah pemberian saya," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!