NAMA Inara Rusli terus menjadi bualan ramai malah ada mendakwa isteri kepada penyanyi Virgoun itu seorang yang garang. Detik Hot melaporkan Inara juga pernah menukar pembantu rumah sebanyak 50 kali dalam tempoh tiga tahun kerana ramai tidak tahan degan sikapnya. Tidak berdiam diri, Inara tampil menjelaskan tuduhan itu tidak berasas dan yakin Virgoun menyebarkan fitnah berkenaan bagi memburuk-burukkannya. Inara enggan melayan tuduhan Virgoun. "Banyak betul masa saya sampai sentiasa tukar pembantu rumah tapi kalau awak boleh jaga saya masa sakit dan anak-anak, jangan berkira kenapa pembantu rumah ditukar," katanya. Inara bagaimanapun tidak menafikan perkara itu kerana ingin mencari pembantu rumah yang terbaik bagi membantunya menguruskan rumah tangga dan anak-anak mereka. "Tak mungkin saya kerap sangat tukar sampai 50 orang! Saya cuma nak yang terbaik untuk anak-anak saya. ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun pernah minta poligami, Inara Rusli sedia 52 bukti suami curang ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun dan Inara Rusli pilih jalan damai, harap Tenri Anisa tarik laporan polis "Soal pembantu saya memang berhati-hati sebab mahukan yang terbaik," jelasnya. Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara selepas isterinya membuat pendedahan tentang kecurangan penyanyi berkenaan secara terbuka. Penyanyi itu mahu menceraikan isterinya kerana mengakui semua kesalahan telah dilakukan sepanjang perkahwinan mereka. Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!