suria

Impian lama jadi kenyataan, Cher buka bisnes jual ais krim 

Cher lancar jenama aiskrim Cherlato.

IMPIAN memiliki jenama ais krim sendiri terlaksana apabila penyanyi legenda Cher melancarkan Cherlato pada Ahad lalu.

Cher, 77, berkata, dia mula merancang memiliki perniagaan itu sejak lima tahun lalu dan gembira apabila impiannya itu menjadi kenyataan.

"Ais krim dibawah jenama Cherlato adalah gelato dan saya sudah merancang perniagaan ini sejak lima tahun lalu," katanya menerusi Instagram.

cher - 1

Cher membuat kejutan kepada peminat.

Perkongsian video mengenai perkara itu turut mendapat sejuta tontonan menggunakan lagu nyanyiannya iaitu Believe selain menerima 100,000 tanda suka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat berkongsi perasaan teruja apabila bintang itu akhirnya mengeluarkan jenama aiskrimnya sendiri.

"Saya lihat trak aiskrim itu semalam, saya ingatkan saya sedang bermimpi.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa Victoria Beckham tidak terlibat reunion Spice Girls, bagi alasan fokus fesyen

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah tak bagi pergi tandas, Kate Winslet mengaku kencing dalam kolam set penggambaran filem 'Titanic'

"Selama beberapa dekad dia menghiburkan kita, sekarang dia menghidangkan kita dengan gelato," tulis netizen.

Untuk info, Cher memulakan kerjaya seninya pada 1963 dan pernah memenangi Anugerah Akademi, Anugerah Grammy, Anugerah Emmy dan tiga pengiktirafan di Anugerah Golden Globe.

Antara lagu-lagu yang pernah dipopular penyanyi ini termasuk If I Could Turn Back Time, Strong Enough, After All dan banyak lagi.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain