suria

Mikrofon dilempar Cardi B bakal dilelong, bidaan bermula RM2,300

Mikrofon yang dibaling Cardi B dilelong di eBay.

MIKROFON yang dilempar oleh penyanyi Cardi B semasa menjayakan satu persembahan di Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini akan dilelong.

Mikrofon yang digunakan Cardi B itu merupakan milik sebuah syarikat perkhidmatan audio, The Wave in Sin City.

Pemilik syarikat tersebut iaitu Scott Fisher memberitahu mikrofon dengan hiasan pita putih itu istimewa kerana masih berfungsi dengan baik walaupun telah dilemparkan oleh penyanyi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B ‘naik hantu’ baling mikrofon, bengang peminat simbah air semasa persembahan

Bidaan dalam laman atas talian eBay itu bermula pada harga AS$500 (RM 2,280) meskipun harga asalnya ialah AS$1,000 (RM4,555).

Hasil jualan akan diserahkan kepada dua badan amal iaitu Wounded Warrior Project dan Friendship Circle Las Vegas.

Sebelum ini, video Cardi melemparkan mikrofon kepada penonton menjadi tular di media sosial.

Media turut melaporkan individu yang dikatakan terkena mikrofon dibaling itu telah membuat laporan polis.

yjtrf

Cardi B hilang sabar ketika sedang membuat persembahan di Las Vegas baru-baru ini.

Difahamkan semasa konsert berlangsung, Cardi B meminta orang ramai menyiramnya dengan air kerana cuaca panas.

Bagaimanapun, gurauannya itu dianggap serius apabila seorang penonton membaling air ke arahnya.

Terkejut dengan aksi penonton itu, Cardi B dilihat spontan membaling mikrofon di tangannya itu.

Sebelum Cardi, beberapa nama penyanyi lain turut menjadi mangsa perbuatan kurang sopan penonton yang hadir dalam sebuah acara konsert.

Penyanyi Harry Styles pernah mengalami kejadian sama ketika mengadakan konsert jelajahnya.

Selain itu, Bebe Rezha turut menerima nasib sama apabila seorang penonton membaling telefon bimbit sehingga dia mengalami kecederaan di bahagian mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain