suria

“Pengarah bersemangat mahu lihat lakonan saya” - Lim Ji Yeon menyesal lakon aksi ranjang ketika awal kemunculan

Ji Yoen bimbang aksi ranjang bakal kecewakan ibu.

PELAKON Lim Ji Yeon mengakui menyesal melakonkan aksi ranjang dalam drama Obsessed ketika awal pembabitannya dalam industri hiburan.

Kata Ji Yeon, dia memegang watak Jong Ga Heun yang merupakan seorang jururawat yang menjalinkan hubungan sulit bersama suami orang.

"Ia merupakan peluang berharga buat saya pada ketika itu, watak di dalam skrip itu memang bagus dan mencabar diri saya.

MV5BMmMwNjFmZTAtNmVkNy00Zjc3LTkwNzctMDg0ZDIxNDBmM2IwXkEyXkFqcGdeQXVyNzI1NzMxNzM@._V1_

Yi Jeon menyesal lakukan aksi ranjang.

"Saya juga lihat pengarah begitu bersemangat untuk lihat lakonan saya," katanya di dalam rancangan You Quiz On The Block baru-baru ini.

Meskipun teruja melakonkan watak berkenaan, dia tetap bimbang mengenai pandangan ibu bapanya yang akan menonton babak tersebut.

Namun semuanya kebimbangannya hilang apabila ibunya hadir dengan jambangan bunga semasa tayangan perdana drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun temui cinta di lokasi The Glory

ARTIKEL BERKAITAN: Pipi Song Hye Kyo berbekas akibat ditampar Lim Ji Yeon, terpaksa ‘touch up’ solekan

"Saya risaukan padangan ibu bapa saya. Saya risau kalau dia malu dan terluka kerana saya lakonkan aksi di ranjang," katanya lagi.

Bukan itu sahaja, dia juga menerima kritikan hebat dari netizen akan lakonannya di dalam drama berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain