suria

Isteri Kanye West nampak penat, riak wajah macam tak gembira teman suami

Bianca kelihatan letih dan tak terurus.

ISTERI kepada penyanyi rap Kanye West iaitu Bianca Censori dilihat seperti sedang keletihan dan tidak gembira ketika menemani suaminya di Florence, Itali.

Memetik laporan Page Six, Bianca menggosok matanya dengan ekspresi sedih yang jelas terpapar diwajahnya ketika ingin bertemu penyanyi lagu Stronger itu.

Malah, beberapa gambar eksklusif dirakam paparazi menunjukkan Bianca memakai bikini bersama seluar legging hitam sambil memegang beberapa buah buku tanpa memakai kasut.

kanye2 - 1

Penampilan isteri Kanye menjadi perhatian.

Sebelum itu, sumber mendedahkan Kanye meninggalkan hotelnya sekitar pukul 10.45 pagi dan menuju ke kilang fabrik di Prato East, Florence.

Penyanyi rap berkenaan kemudian singgah di sebuah kedai Balenciaga bersama seorang rakan dan pergi ke kedai gelato dengan tuala putih menutupi kepalanya.

Kanye cuba untuk tidak mendedahkan dirinya dengan menyamar dalam berpakaian kemeja putih, seluar linen putih dan kasut hitam, sambil menikmati ais krim.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West sudah berkahwin dengan pereka fesyen, majlis diadakan secara tertutup

ARTIKEL BERKAITAN: Hidang sushi atas badan wanita, netizen loya tengok cara Kanye West sambut 'birthday'

Penyanyi tersebut kemudiannya kembali ke hotel dan bertemu dengan Bianca, sebelum mereka menuju ke sebuah rumah ladang di kawasan Galluzzo di Florence.

Pada Januari lalu, Kanye dilaporkan berkahwin dengan Bianca yang juga merupakan pereka fesyen jenama Yeezy.

Menurut laporan TMZ, pasangan ini dikatakan telah berkahwin di sebuah lokasi rahsia di Beverly Hills, Amerika Syarikat.

kanye1 - 1

Kanye melitupi kepala dengan tuala untuk elak diri dikenali.

Kanye dilaporkan sentiasa bersama isterinya dan kelihatan sangat bahagia memegang tangan wanita asal Melbourne, Australia itu.

Sebelum ini, Kanye pernah berkahwin dengan bintang Kardashian iaitu Kim Kardashian pada Mei 2014 dan bercerai pada Februari tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai empat orang anak iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain