suria

Isu agama jadi bualan peminat, Jungkook BTS mengaku seorang Ateis

Jungkook buat pertama kali bercakap mengenai agama dianutinya.

KEHIDUPAN peribadi penyanyi Jungkook sentiasa menjadi tumpuan peminat memandangkan anggota kumpulan BTS itu cukup berahsia soal peribadinya termasuk soal agama dianutinya.

Sebelum ini, peminat Jungkook pernah membuat andian penyanyi itu beragama kristian berdasarkan latar belakang dan cara hidup yang dipaparkan sebelum ini.

Ini termasuk kenyataan penyanyi itu merupakan bekas pelajar di Sekolah Seni Persembahan di Seoul (SOPA) yang berlandaskan ajaran Kristian selain semua pelajar diwajibkan mempelajari kitab Bible.

size NP (1)

Jungkook sempat beritahu agama kedua ibu dan bapanya ketika 'live' di aplikasi Weverse.

Tidak hanya itu, ada pula membuat andaian Jungkook sebenarnya beragama Buddha dan Hindu berdasarkan beberapa pemerhatian dibuat terhadap penyanyi berkenaan.

Menjawab persoalan itu, Jungkook buat pertama kali mendedahkan dia tidak menganuti mana-mana agama atau dalam kata lain merujuk dirinya sebagai Ateis.

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS bina rumah tiga tingkat bernilai RM26 juta di Itaewon, dijangka siap tahun depan

Aties merujuk kepada individu yang tidak mempercayai tuhan dan tidak mempunyai pegangan agama.

Jungkook turut mendedahkan bapanya seorang penganut agama Kristian manakala ibunya beragama Buddha ketika bersiaran langsung menerusi aplikasi Weverse.

"Saya tiada agama. Bapa saya Kristian dan ibu pula Buddha. Tapi untuk kami (anak-anak), kami tidak ada agama malah tiada paksaan untuk kami memiliki agama," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain