suria

Matty Healy buat hal lagi, kali ini cium vokalis Blink 182... Tom DeLonge sempat perli Malaysia  

Aksi Matty berpelukan dengan Tom.

BELUM reda kontroversi menghina undang-undang Malaysia, vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy sekali lagi mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Kali ini Matty bercium pula dengan vokalis kumpulan Blink 182 iaitu Tom DeLonge ketika membuat persembahan Festival Muzik Lollapalooza di Chicago, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pada acara berkenaan, Matty yang juga dilihat memegang botol minuman keras di atas pentas, turun ke bawah menghampiri Tom di bahagian penonton.

matty 2

Tom turut memuat naik fotonya dan Matty di Instagram.

Mereka secara spontan berpelukan dan bercium pipi sehingga aksi tersebut juga di rakam oleh banyak pihak.

Tom kemudian menerusi satu perkongsian di laman sosial miliknya membuat hantaran tentang kejadian itu selain seakan turut mempersendakan undang-undang Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Teguk arak, cium sejenis, ludah dan tuduh kerajaan Malaysia merepek antara 7 perangai buruk Matty Healy dalam konsert malam tadi

"Rasanya saya dan The 1975 tidak akan datang ke Malaysia. Sepasang lelaki bercium di persembahan hebat Matty," tulisnya.

Sebelum ini pada acara The Good Vibe Festival yang berlangsung di Sepang pada 21 Julai lalu, Matty menimbulkan kekecohan dengan aksi kurang supan di atas pentas.

matty 3

Kemunculan Matty di Malaysia baru-baru ini cetuskan kontroversi.

Ketika bercakap kepada penonton dia secara terbuka mempertikaikan tentang undang-undang Malaysia terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Selain itu dia juga berani meneguk minuman keras dan meludah ke arah penonton.

Susulan kejadian itu konsert terbabit dihentikan serta-merta dan acara yang sepatunya berlangsung tiga hari itu dibatalkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain