PELAKON Lee Je Hoon mendedahkan dia seorang yang cerewet dalam memilih pasangan meskipun sering dikaitkan dengan pelakon wanita yang bergandingan dengannya dalam drama lakonan mereka. Jee Hoon memberitahu dia lebih selesa menjalinkan hubungan dengan wanita bukan dalam kalangan selebriti malah mendedahkan bekas kekasihnya adalah orang biasa. "Sudah tentu saya pernah bercinta. Saya ada standard sendiri dalam mencari pasangan hidup... Saya tidak akan bercinta dengan wanita dalam lingkungan kerja saya. Je Hoon berharap bertemu pasangan pada tahun ini. "Kalau bernasib baik okay tapi kalau hubungan itu berakhir perpisahan kami mungkin tak boleh bekerjasama dengannya lagi," katanya. Jee Hoon mendedahkan perkara itu ketika menjadi tetamu dalam program Aglory baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun temui cinta di lokasi The Glory ARTIKEL BERKAITAN: Lee Jung Jae terima bayaran RM4.6 juta satu episod Squid Game 2, kini aktor termahal Korea Selatan Bukan hanya itu, Je Hoon memberitahu wanita idamannya adalah seornag yang menghormati orang tua dan berharap bertemu jodoh tahun ini. Sebelum ini, aktor berusia 39 tahun itu pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres Suzy dan Pyo Ye Jin selepas mereka berlakon bersama dalam sebuah drama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!