suria

Rina Nose belum fikir soal anak, tak kisah dituduh mandul 

Rina Nose dan suami belum terfikir soal anak.

PENGACARA dan pelawak Rina Nose menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia enggan memiliki cahaya mata meskipun sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Josscy Vallazza Aartsen.

Rina atau Nurina Permata Puteri, 39, sebaliknya berkata, dia dan suami tidak meletakkan soal itu sebagai keutamaan dalam perkahwinan mereka buat masa ini.

Sebaliknya menyerahkan urusan itu kepada ketentuan Tuhan apabila tiba tepat waktunya.

"Saya bukan tak mahu anak cuma buat masa sekarang bukan masanya.

Rina selesa tidak memiliki cahaya mata buat masa sekarang.

Rina tak kisah ada orang menggelarnya mandul.

"Siapa tahu esok atau lusa fikiran kami berubah. Apabila tiba waktu yang tepat kami akan lalui sahaja nanti," katanya.

Dalam pada itu, Rina menegaskan dia juga bukan seorang wanita yang tidak suka kepada kanak-kanak sehingga membuat pendirian enggan bergelar ibu buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rina Nose tak boleh tidur 2 hari gara-gara kejadian memalukan di pentas akhir ‘Big Stage’

Malah Rina juga tidak pernah ambil pusing tuduhan segelintir pihak mengatakan dia mandul sebagai punca belum memiliki cahaya mata.

"Jika ada kata saya mandul, tak mahu anak terpulanglah. Biarlah mereka cakap apa sahaja yang dimahukan.

"Bagi saya mudah, ada anak atau tidak kehidupan saya okey sahaja," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain