suria

Bella Hadid masuk hospital, dedah derita penyakit lyme sejak 15 tahun lalu

Keadaan Bella yang lemah dan tidak bermaya buat ramai peminat bimbang.

MODEL terkenal Bella Hadid mendedahkan dia menderita penyakit lyme sejak 15 tahun lalu.

Bella yang sedang dirawat di sebuah hospital bagaimanapun memberitahu dia bangga dengan dirinya kerana dapat melawan penyakit berkenaan tanpa putus asa.

"15 tahun penderitaan yang tidak dapat dilihat. Saya bangga dengan diri saya yang tak pernah berputus asa dengan diri sendiri," katanya.

365039242_845816866982147_7438490697330614296_n

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, dia turut memaparkan rekod perubatannya secara terperinci sejak menerima rawatan di sebuah hospital sejak 2014.

Dia turut berterima kasih kepada ibunya iaitu Yolanda Hadid yang sentiasa memberi sokongan untuknya terus melawan penyakit berkenaan.

Katanya, semua rekod perubatan itu disimpan rapi oleh Yolanda.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid harap dapat jalani Ramadan dengan tenang dan penuh keberkatan

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid halang percintaan Gigi Hadid dan Leonardo DiCaprio

"Terima kasih kepada ibu saya kerana menyimpan semua rekod perubatan saya, tidak pernah meninggalkan saya, melindungi, menyokong dan paling penting mempercayai saya mampu melalui cabaran ini," katanya.

Dalam pada itu, Bella memberitahu dia kini terpaksa melupakan seketika karier sebagai model untuk memastikan dia menjaga kesihatannya.

Kata Bella, meskipun dia tabah melawan penyakitnya itu namun adakalanya dia mengalami hari yang sukar selain emosinya terganggu.

365439633_119114421271417_585233840776691116_n

Bella berehat daripada memperagakan baju buat seketika.

"Saya akan kembali apabila sudah sedia. Saya sangat merindui semua. Saya sayang anda semua," katanya.

Untuk rekod, penyakit lyme adalah penyakit bawaan kutu yang menjangkiti 14 peratus penduduk dunia.

Eropah Tengah mempunyai kadar jangkitan tertinggi membabitkan 20 peratus, manakala lelaki berusia lebih 50 tahun yang tinggal di kawasan luar bandar paling berisiko dijangkiti menurut kajian dalam jurnal BMJ Global Health.

Penyakit itu jarang membawa maut, namun orang yang digigit kutu berkenaan sering mendapat ruam dan mengalami gejala seperti selesema termasuk sakit otot dan sendi, sakit kepala, loya dan muntah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain