suria

Dewi Perssik tak boleh jauh dengan kekasih, video call 24 jam sehari termasuk waktu mandi

Dewi tidak boleh berjauhan dengan kekasih.

PENYANYI dangdut sensasi Dewi Perssik kembali menghangatkan dunia maya apabila memaparkan kemesraannya bersama calon suami iaitu Rully.

Menerusi satu sesi siara langsung yang dibuat di aplikasi TikTok, Dewi atau lebih mesra disapa Depe berkongsi momen semasa dia membuat panggilan video bersama Rully.

Menurut Depe, mereka sudah terbiasa membuat panggilan video selama 24 jam sehari, malah mendedahkan kekasihnya itu tidak boleh berjauhan dengannya termasuk ketika sedang mandi.

dewii - 1

Dewi terbuka berkongsi kemesraan dengan kekasih di media sosial.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan menceritakan dengan penuh bangga tentang kebahagiaan yang mereka sedang alami sekarang.

"Sampai sekarang saya masih tidak boleh lepas daripadanya (Rully). Video call terus 24 jam sampai penat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik masih teman wanita juruterbang, tunggu kekasih umum tarikh nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik pelik timbul gosip putus tunang, bersedia jika kembali solo... "Saya tak boleh paksa orang untuk bertahan"

"Ketika saya mandi juga dia masih bersama dan menunggu saya," katanya.

Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang terkejut dengan pengakuan dibuat.

"Wah, mandi pun ditemani menerusi video call.

"Salah cakap ke ni? Kenapa mandi pun Rully nak tunggu," tulis netizen.

Pada Februari lalu, Depe secara terbuka mendedahkan hubungannya dengan seorang juruterbang iaitu Rully hanya selepas lima bulan bercerai dengan Angga Wijaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain