MODEL terkenal Kendall Jenner mengakui masih belum bersedia dan takut untuk memiliki anak. Menurut laporan Bintang Tabloid, Kendall masih tidak mahu memiliki zuriat kerana sering berasa cemas selain belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. Jadi ibu adalah cabaran besar bagi Kendall. Dia juga berpendapat menjadi seorang ibu adalah satu cabaran yang sangat besar bagi dirinya. Kendall mendedahkan perkara itu dalam rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians baru-baru ini. Bekas teman wanita Devin Booker itu turut mengakui bahawa dia sedang bergelut dengan kebimbangan sejak beberapa tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Bercuti atas kapal layar mewah, peminat kecam imej seksi Kendall Jenner ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto seksi di Instagram, peminat kesal Kendall Jenner tak prihatian nasib mangsa gempa bumi Bagaimanapun, Kendall berkata, dia masih menginginkan zuriat sekiranya benar-benar sudah bersedia. "Apa yang saya tahu (mempunyai anak), tidak berlaku sekarang," ujarnya. Untuk rekod, antara adik-beradik lain, Kendall merupakan satu-satunya yang masih belum mempunyai anak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!