suria

Kecoh Dilraba buat hubungan intim dalam kelab malam, pihak pengurusan akhirnya bersuara

Dilraba ambil tindakan tegas terhadap fitnah melibatkan dirinya.

NAMA pelakon Dilraba Dilmurat menjadi bualan netizen apabila tular gosip mendakwa dia melakukan hubungan intim di sebuah kelab malam pada 15 September lalu.

Justeru itu, pihak pengurusan tampil menafikan perkara tersebut malah menjelaskan wajah wanita di dalam video berkenaan hanya mirip sepertinya..

"Kami dengan tegas menafikan bahawa Dilraba Dilmurat terlibat dalam skandal ini," kata wakil pengurusan.

Dil

Dilraba nafi dirinya lakukan hubungan seks di kelab malam.

Malah pihaknya juga memohon maaf atas kekeliruan tersebut sekali gus akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu tersebut.

Sementara itu, kelab malam berkenaan mengecam tindakan yang dianggap tidak senonoh tersebut.

"Kami tidak membenarkan pornografi, perjudian dan dadah di kelab kami," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilraba Dilmurat diraba, peminat lelaki sentuh bahu dan peluk tubuh

ARTIKEL BERKAITAN: Bersikap kasar dan paksa tidur bersama... Jason Derulo didakwa lakukan gangguan seksual terhadap artis naungannya

Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis.

Pihak polis juga sedang menjejaki pasangan suami isteri dari Anhui, China yang dipercayai terlibat di dalam video tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain