PENYANYI Jungkook BTS menyedari apa sahaja berkaitan peribadinya bukan lagi rahsia. Ini termasuklah alamat kediamannya yang diketahui oleh peminat dan segala maklumat mengenai dirinya boleh dicari menerusi internet. Dalam satu sesi secara langsung di media sosial baru-baru ini, Jungkook atau Jeon Jung Kook, 26, memberitahu dia tidak ambil kisah tentang perkara itu dan menganggap ia sebagai takdir hidup seorang selebriti. Jungkook kini lebih fokus untuk album solo pertama. "Anda nak minum bersama saya? Patutkah saya beritahu alamat rumah? Semua orang sudah tahu, jika ada cari di Youtube ia akan muncul. "Namun saya tidak peduli. Ia adalah takdir saya dan sekarang perlu fokus untuk masa depan bersama Army (kelab peminat BTS). "Saya tidak perlu nak fikir tentang perkara yang remeh. Namun rasanya tidak perlulah anda mencari saya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan sudah ada teman wanita palsu, hanya ‘Army’ bertakhta dalam hati Jungkook ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat wanita hamil dalam rumah Jungkook jadi tanda tanya, ada pula kata video suntingan Jungkook berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang peminat yang menawarkan diri untuk minum bersama. Dalam perkembangan lain, anggota kumpulan BTS ini juga amat teruja menantikan kemunculan album solonya berjudul Golden yang dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat. "Saya berlatih bersungguh-sungguh kerana setiap lagu juga ada tarian. Saya mahau tunjukkan yang terbaik untuk ada semua," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!