suria

Disangka jual buah duku tepi jalan, rupanya Ruri Repvblik tolong promosi bisnes kawan

ruri

NAMA vokalis kumpulan Repvblik iaitu Ruri menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat apabila dia didakwa menjalankan perniagaan buah duku di tepi jalan.

Ruri atau Ruri Herdian Wantogia, 43, dilaporkan berniaga selepas kumpulan tersebut sudah kurang mendapat tawaran persembahan sejak tahun lalu.

Demi kelangsungan hidup, Ruri memulakan perniagaan tersebut dan ramai meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpanya sehingga terpaksa menjual buah-buahan.

Inilah-fakta-sebenarnya-di-balik-viralnya-potret-Ruri-Repvblik-yang-berjualan-buah-duku

Antara beberapa foto tular mengenai pernigaan Ruri.

Bagaimanapun Ruri menyangkal perkara tersebut sebaliknya menjelaskan dia hanya sekadar membantu pemilik gerai tersebut menjual buah duku kepada pelanggan.

Katanya, pemilik gerai tersebut adalah rakan baiknya dan sering 'melepak' bersama jika ada masa lapang.

"Saya dan pemilik gerai itu memang rapat. Disebabkan perniagaannya kurang baik, saya bantu dia menjual duku kepada pelanggan.

"Kalau tidak pun saya memang sentiasa ada di gerainya melepak," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokalis Repvblik Kongsi Putus Cinta Dalam Lagu

ARTIKEL BERKAITAN: Repvblik Band Pilih Hard Rock Cafe Melaka Lokasi Konsert

Dalam pada itu, Ruri memberitahu dia ikhlas membantu sahabatnya itu dan tidak mengambil sebarang upah.

Malah katanya, jualan buah duku semakin laris sejak kisah dia kononnya membuka gerai tersebut tersebar.

Tindakan Ruri mendapat pujian ramai malah tidak menyangka penyanyi itu seorang baik hati.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain