suria

Suara sumbang teruk, peminat kecewa persembahan Le Sserafim di Coachella tak berkualiti

Le Sserafim terima banyak kecaman peminat.

KEMUNCULAN pertama kumpulan Le Sserafim di festival muzik Coachella mendapat kritikan ramai peminat disebabkan persembahan yang kurang berkualiti.

Pada minggu pertama acara tersebut, rata-rata pengunjung yang hadir meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara kemampuan vokal mereka menyanyi secara langsung di atas pentas dianggap terlalu lemah.

Malah ada yang melihat kumpulan asal Korea Selatan ini mensia-siakan peluang untuk beraksi dalam salah satu festival muzik terbesar dunia.

le ssarefim 3

Aksi Le Sserafim di Coachella tidak memenuhi stadard peminat.

Namun di sebalik komen-komen negatif yang diterima, salah seorang anggota Le Sserafim iaitu Sakura meluahkan rasa berpuas hati kerana dapat menghiburkan peminat pada acara tersebut.

"Mungkin kami dianggap tidak berpengalaman oleh sesetengah pihak. Tiada manusia sempurna dan persembahan tersebut adalah terbaik kami pernah lakukan," ujarnya.

Kritikan terhadap Le Sserafim sekali lagi menjadi bualan hangat apabila mereka membuat persembahan pada minggu kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Skandal penipuan akhirnya terbongkar, bekas anggota T-ara dan teman lelaki saling menuduh

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berdiam diri isu buli, Kim Hieora bakal mulakan kerjaya di Hollywood

Harapan peminat untuk melihat mereka memperbaiki mutu persembahanyan ternyata hampa kerana ramai yang mendakwa kesemua lima anggoa Le Sserafim menyanyi secara 'miming' atas pentas.

Kesilapan tersebut jelas kelihatan apabila dua anggotanya iaitu Chaewon dan Kazuha mengalihkan tangan yang mememgang mikrofon sedangkan lirik lagu masih dimainkan.

Coachella Valley Music and Arts Festival edisi ke-23 tahun ini berlangsung di California, Amerika Syarikat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain