suria

Skandal penipuan akhirnya terbongkar, bekas anggota T-ara dan teman lelaki saling menuduh

Areum nafi lakukan penipuan.

BEKAS anggota kumpulan T-ara iaitu Lee Areum didakwa melakukan penipuan kutipan dana berjumlah KRW 40 juta atau RM140,000.

Areum didakwa mengutip dana tersebut untuk kegunaan berjudi bersama bekas teman lelakinya sebelum ini.

Penyanyi itu sebaliknya menjelaskan wang tersebut digunakan untuk menampung kos guaman bagi menuntut hak penjagaan dua anaknya daripada bekas suami.

"Wang tersebut adalah bantuan daripada orang ramai. Saya guna untuk menyaman bekas suami dan mendapatkan kembali hak penjagaan dua anak saya.

lee areum 2

Bukti penipuan Areum terbongkar.

"Saya tidak tahu menahu tentang perjudian secara atas talian. Telefon saya telah digodam pihak tertentu," katanya menerusi kenyataan kepada media di Korea Selatan.

Dakwaan tersebut timbul selepas beberapa tangkap layar menunjukkan Areum didakwa meminta wang daripada orang ramai selain bukti dia terlibat dalam aktiviti judi atas talian.

Menerusi perbualan yang tersebar Areum mendakwa dia dipaksa bekas teman lelaki bagi mendapatkan wang tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Areum masuk hospital selepas cuba bunuh diri... Pernah kongsi kisah didera suami

ARTIKEL BERKAITAN: Ludah dan calit najis pada muka anak sendiri, Aerum T-ara dedah perbuatan kejam suami

Tidak berdiam diri, lelaki tersebut pula mendedahkan dia sebenarnya adalah mangsa penipuan Areum dan semua kenyataan dikeluarkan penyanyi itu adalah fitnah.

Lelaki tersebut menyeru orang ramai tidak terpedaya dengan Areum kerana penyanyi itu tidak berada dalam kesempitan seperti didakwa.

Dia juga mendedahkan Areum sedang hamil anak mereka namun tetap mengambil minuman keras sepanjang mengandung.

"Jangan jadi mangsa Areum. Saya juga pernah menjadi mangsanya dan saya bercakap benar," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain