suria

‘So Long London’ buat peminat Taylor Swift marah, Joe Alwyn tutup komen IG

Joe terpaksa menutup ruang komen IG kerana dikecam peminat Taylor.

BEKAS teman lelaki Taylor Swift iaitu Joe Alwyn bertindak menutup ruang komen di Instagram miliknya selepas penyanyi itu melancarkan album terbaharunya pada Jumaat.

Peminat Taylor mula menyerang akaun Instagram pelakon itu dengan meninggalkan pelbagai kecaman selepas mendengar album The Tortured Poets Department.

Album berkenaan didakwa memuatkan beberapa lagu menceritakan tentang hubungan cinta dengan Joe yang berakhir dengan perpisahan.

Untitled design (90)

Taylor mendedikasikan lirik lagu So Long London kepada Joe.

Menerusi lagu So Long London, Taylor menggambarkan hubungan mereka mula renggang selepas dia tingaal bersama Joe di Hampstead Heath di London.

Mendengar bait-bait lirik lagu tersebut, peminat mula menyalahkan Joe dan mendoakan nasib buruk berlaku terhadap pelakon berkenaan.

"Anda mahu saya biarkan Joe bernafas dengan tenang selepas mendengar lagu Song Long London? Itu tidak akan terjadi!

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih datang tonton konsert punca Taylor Swift ‘skip’ sebaris lirik lagu Fifteen

ARTIKEL BERKAIATN: Cinta 6 tahun Taylor Swift dan Joe Alwyn berakhir perpisahan

"Joe apa yang anda sudah lakukan kepada Taylor saya? Semoga hidup kamu tidak akan tenang. Akhirnya Joe ada lagu untuk dirinya sendiri," komen peminat.

Untuk rekod, Joe dan Taylor menjalinkan hubungan cinta selama enam tahun sebelum berpisah pada April tahun lalu.

Sebelum ini, ramai menjangkakan Taylor akan menulis lagu mengenai Joe seperti mana dilakukan terhadap bekas kekasihnya sebelum ini seperti John Mayer, Calvin Harris, Taylor Lautner dan Tom Hiddleston.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain