suria

Terikut-ikut trend pelik, Baim Wong dituduh tak sayang anak

Baim menerima kritikan berhubung video yang dimuat naik pada Rabu.

PELAKON Baim Wong sering mendapat perhatian ramai menerusi konten video yang dimuat naik olehnya di media sosial.

Terbaru, Baim, 43, berkongsi video gelagat keluarganya melakukan trend memecahkan telur pada dahi seperti yang dibuat oleh para ibu bapa di luar negara.

Pelakon itu merakam reaksi anak-anak lelakinya iaitu Kiano, 4, dan Kenzo, 2, ketika telur dipecahkan di dahi mereka.

Untitled design (3)

Netizen beranggapan gurauan Baim boleh membahayakan anak-anaknya.

Tujuan video itu dibuat adalah untuk membezakan reaksi setiap anak berdasarkan zodiak kelahiran masing-masing.

Dalam video tersebut, Kiano menunjukkan reaksi santai ketika telur tersebut tidak pecah manakala Kenzo pula mengerang kesakitan.

Bagaimanapun, video tersebut menerima kritikan netizen apabila Baim dilabel sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab.

Netizen berpendapat tindakan Baim dilihat tidak lucu malah, membahayakan anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Scammer rancak tipu orang ramai, Baim Wong lapor polis sindiket guna namanya

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong tayang wajah anak kedua... pilih nama Kenzo Eldrago Wong

"Kalau putih telur itu terkena mata, boleh datangkan bahaya...beragak sikit walaupun bergurau.

"Tak kelakar tindakan itu, kasihan anak-anak dia...boleh terkena bakteria yang ada dalam telur," komen netizen.

Untuk rekod, Kiano dan Kenzo merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Baim dan Paula Verhoeven, 37, sejak 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain