suria

Usia bukan penghalang, seluar Dragon Ball Z Salman Khan dapat pujian peminat

Peminat anime teruja melihat Salman menggayakan seluar dragon Ball.

PELAKON Salman Khan mencuri perhatian apabila dia mengenakan seluar bercorak animasi Dragon Ball Z ketika menghadiri tayangan perdana filem Heeramandi pada Rabu.

Salman, 59, dilihat menggayakan seluar dengan corak kartun berwarna-warni bersama kemeja hitam di karpet merah acara tersebut.

Corak pada seluar pelakon itu dilihat memaparkan karakter Goku dari animasi Dragon Ball Z dan Nezuko Kamado dari series Demon Slayer.

Untitled design (11)

Salman sering menjadi perhatian ramai dengan cita rasa fesyen yang pelik.

Dalam pada itu, cita rasa fesyen Salman turut mengujakan ramai peminat animasi Jepun atau anime berkenaan.

Rata-rata mereka kagum dan teruja dengan keberanian Salman berfesyen walaupun sudah menginjak usia.

"Saya sangat suka dengan seluar Salman, daya yang menarik.

RTIKEL BERAKAITAN: Tembakan sekadar amaran buat Salman Khan, polis berjaya berkas 2 suspek

ARTIKEL BERKAIATAN: Mulut lancang Salman Khan bawa padah, mafia hantar ugutan bunuh

"Wah, saya tak sangka Salman pun salah seorang peminat anime!" komen netizen.

Awal tahun ini, Salman pernah mengejutkan ramai apabila memakai seluar dengan gambar wajahnya dilukis pada bahagian belakang.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah beberapa kali menggayakan pakaian berwarna-warni di khalayak ramai.

Sejak itu, aktor popular itu sering menjadi bualan ramai mengenai gayanya yang disifatkan pelik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain