BELUM sempat menghabiskan promosi album terbaharunya berjudul Eternal Sunshine, Ariana Grande kini sibuk pula promosi filem lakonannya bertajuk Wicked yang bakal berada di pawagam November depan. Melihat jadual seni Ariana, 30, yang padat itu membuatkan ramai peminat berasa gembira kerana itu merupakan petanda penyanyi ini sudah pulih daripada kemurungan. Keadaan Ariana Grande yang terlalu kurus merisaukan rakan dan peminatnya. Namun lain pula pandangan rakan-rakan Ariana yang meluahkan kebimbangan jika penyanyi ini tertekan sehingga menganggu kesihatannya. "Ariana sangat tertekan sejak akhir-akhir ini, dengan promosi album dan kini pula filem Wicked. ARTIKEL BERKAITAN: Lirik lagu baharu seolah bangga rampas suami orang, peminat gelar Ariana Grande ‘penyondol’ ARTIKEL BERKAITAN: Suami Ariana Grande terima RM5 juta penyelesaian penceraian "Apabila Ariana tertekan, dia akan lupa untuk makan sepenuhnya dan saya sangat bimbang dengan kesihatan dia,"katanya. Sebelum ini Ariana pernah menyuarakan keadaannya yang semakin kurus disebabkan dia mengambil ubat kemurungan. Ariana bagaimanapun meminta pengikutnya agar tidak terlalu risau dengan keadaan fizikalnya kerana dia mahu fokus kepada kerjaya selepas bercerai dengan suaminya, Dalton Gomez. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!