GAYA bintang K-Pop bukan sahaja menjadi bualan hangat malah ikutan para peminat yang menggemari cita rasa fesyen mereka yang disifatkan unik. Turut mendapat perhatian, anggota kumpulan Twice iaitu Mina menggayakan pakaian yang ringkas dengan mengenakan baju T putih polos dan seluar jean bersaiz besar. Bagaimanapun, vokalis Twice itu dilihat sengaja menampakkan sebahagian besar seluar dalam yang dipakainya dari sebuah jenama mewah. Mina membuat perkongsian itu di Instagram pada Rabu. Gambar tersebut dikongsi kepada peminat menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu. Netizen di ruangan komen rata-rata terkesima melihat penampilan berani Mina dan menyifatkan penyanyi itu sebagai wanita paling cantik yang pernah dilihat. "Jantung saya rasa macam nak terhenti melihat kecantikan Mina! ARTIKEL BERKAITAN: Tak sorok hubungan, Chea Young Twice dan Zion T rupanya dah 6 bulan bercinta ARTIKEL BERKAITAN: Jihyo (Twice) pilih atlet Olimpik sebagai kekasih, kongsi minat dalam sukan "Saya hampir terlupa nak bernafas, Mina sangat cantik dan berani. "Mina tolong naikkan seluar awak sikit!" komen netizen. Untuk rekod, Mina memulakan karier bersama Twice sejak 2015 ketika berusia 18 tahun dan sejak itu dia meraih populariti di serata dunia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!