suria

Pakai gaun putih di majlis kahwin, netizen tuduh Mahalini sengaja mahu ‘caras’ seri pengantin

Mahalini mengundang rasa kurang netizen dengan penampilannya.

PENYANYI Mahalini mengundang rasa kurang senang netizen apabila dilihat mengenakan busana bewarna putih ketika membuat persembahan dalam sebuah majlis perkahwinan pada Khamis lalu.

Mahalini atau Mahalini Raharja, 26, tampil anggun dengan gaun putih dan kain kembang dengan perhiasan bertatahkan berlian dilihat seakan-akan pengantin pada malam tersebut.

Malah, solekan dan dandanan rambutnya juga menyerlahkan lagi kecantikan penyanyi berkenaan.

Copy of Untitled (10)

Mahalini dijemput untuk membuat persembahan dalam majlis tersebut.

Mahalini bagaimanapun menerima kritikan kerana didakwa tidak sensitif dan sengaja mengenakan gaun putih untuk menyaingi penampilan pengantin wanita dalam majlis tersebut.

Netizen berpendapat, sebagai artis jemputan Mahalini sepatutnya lebih peka terhadap penampilannya bagi memastikan perhatian hanya tertumpu kepada mempelai wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbuka puasa dalam khemah dengan Mahalini, Rizky Febian dituduh kurang didikan agama

ARTIKEL BERKAITAN: Perbezaan agama isu sensitif, Rizky Febian tetap akan kahwin Mahalini

"Bukankah memang sudah ada etika, sekiranya ada acara perkahwinan...jangan pakai baju warna putih?

"Dia pula sama naik dengan pengantin perempuan, tak tahu nak menghormati majlis orangkah?

"Pakailah warna lain, nampak sangat nak caras pengantin perempuan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain