BEBERAPA bintang kpop termasuk Hyo Yeon daripada kumpulan Girls' Generation, Bo Mi (APINK), Dita (Secret Number) dan Im Na Young dilaporkan tidak dapat keluar ditahan pihak berkuasa di Bali, Indonesia pada 25 April lalu. Tidak hanya mereka, kesemua kru Pick Me In Bali seramai 30 orang ditahan selepas mereka didapati melakukan penggambaran program berkenaan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan. Ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, kesemua mereka disoal siasat sebelum pasport mereka dirampas. Kru dan artis sepatutnya berlepas pulang ke Korea Selatan pada 25 April lalu. Kumpulan itu juga dibawa masuk ke sebuah bilik untuk disoal siasat berhubung dakwaan tidak mendapat kebenaran membuat penggambaran di beberapa lokasi terkenal di Bali. Disebabkan itu, kesemua mereka terpaksa menginap di sebuah hotel sementara menanti siasatan selain beberapa barangan teknikal milik kru dirampas. ARTIKEL BERKAITAN: Jelas dan mudah difahami, Will Smith baca al-Quran sepanjang Ramadan ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Sandra Mengaku Tidak Pandai Mengaji Bagaimanapun, Koreaboo melaporkan kesemua selebriti yang terlibat dalam program tersebut dibenarkan kembali ke Korea Selatan pada 27 April selain pasport antarabangsa mereka dipulangkan semula. Manakala penerbit, pengarah dan beberapa kru masih ditahan bagi tujuan siasatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!