suria

Badan semakin mengecut, Sharon Osbourne turun 20 kilogram selepas ambil ubat diabetes

Sharon suka dengan perubahan dirinya.

PENAMPILAN bekas juri American's Got Talent Sharon Osbourne yang semakin ramping menjadi perhatian ramai.

Berkongsi rahsia penurunan berat badannya, Sharon, 71, memberitahu pengambilan ubat diabetes membuatkan dia mendapatkan tubuh idamannya.

"Saya tak sangka Ozempic sangat memberi kesan. Saya hilang 20 kilogram dalam masa 18 bulan.

sharon1

Berat badan Sharon semakin susut setiap hari.

"Saya gembira dengan penurunan berat badan saya dan rasa lebih sihat," katanya memetik Daily Star.

Bukan hanya menurunkan berat badan tapi ubat berkenaan juga mengurangkan ketinggiannya.

"Menjadi tua sangat menyebalkan! Saya pasti saya sudah mengecut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ozzy & Sharon Osbourne Rujuk Semula

ARTIKEL BERKAITAN: Sharon Osbourne Elak Baca Laporan Perpisahannya

"Dulu ketinggian saya adalah 158 sentimeter (cm) kini tinggal 152cm," ujarnya.

Ozempic merupakan ubat anti diabetes yang digunakan dalam rawatan kencing manis jenis dua.

Ia juga dikenali sebagai ubat anti obesiti yang digunakan bagi pengurusan berat badan jangka panjang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain