suria

Gara-gara dikritik menyanyi sumbang di pentas Coachella, agensi Le Sserafim bakal ambil tindakan

Persembahan Le Sserafim di pentas Coachella 2024 menerima kritikan hebat.

AGENSI Le Sserafim iaitu Source Music bakal mengambil tindakan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan buruk tentang kumpulan berkenaan.

Memetik laporan Allkpop, Source Music meluahkan kebimbangan terhadap maklumat palsu serta komen buruk yang diterima Le Sserafim di media sosial.

"Memandangkan hak peribadi artis kami dicabuli dengan serius, kami merancang untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu berniat jahat termasuk komuniti dalam talian.

"Siaran berbentuk penghinaan secara melulu, penyebaran maklumat palsu, ganguan seksual, fitnah dan ejekan berniat jahat akan dikenakan tindakan bagi melindungi artis kami," katanya.

lesera - 1

Agensi Le Sserafim bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap kritikan buruk yang diterima.

Pihak agensi juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan memohon agar netizen berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen jahat.

"Kami sentiasa berterima kasih kepada peminat atas kasih sayang dan sokongan mereka pada Le Sserafim.

"Kami juga berharap netizen berhenti melakukan perbuatan jahat kepada Le Sserafim kerana ingin melindungi hak mereka sebagai artis," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suara sumbang teruk, peminat kecewa persembahan Le Sserafim di Coachella tak berkualiti

ARTIKEL BERKAITAN: Le Sserafim dikritik gagal nyanyi ‘live’ di pentas Coachella, netizen luar negara bandingkan persembahan Dolla lebih baik

Sebelum ini, tular di media sosial apabila penampilan sulung Le Sserafim di festival Coachella 2024 menerusi lagu 1-800-hot-n-fun mendapat kritikan ramai kerana persembahan kurang memuaskan.

Kritikan terhadap kumpulan K-pop itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila mereka membuat persembahan pada minggu kedua.

Harapan peminat untuk melihat mereka memperbaiki mutu persembahan ternyata hampa kerana ramai yang mendakwa kesemua lima anggota Le Sserafim menyanyi secara 'miming' atas pentas.

Kesilapan tersebut jelas kelihatan apabila dua anggotanya iaitu Chaewon dan Kazuha mengalihkan tangan yang memegang mikrofon sedangkan lirik lagu masih dimainkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain