suria

Dulu macam burung hantu berjaga malam, sekarang Priyanka Chopra bangun 7 pagi urus anak

Priyanka dan Nick berkongsi cabaran menjadi ibu dan bapa.

SEJAK bergelar seorang ibu, pelakon terkenal Bollywood Priyanka Chopra terpaksa mengubah waktu tidurnya bagi mengikut jadual anak perempuannya yang kini berusia dua tahun.

Priyanka berkata, sebelum ini dia akan berjaga pada waktu malam dan akan tidur pada waktu siang namun kini terpaksa mengubah rutinnya kerana perlu bangun seawal 7 pagi.

"Sejak bergelar ibu sudah tentu banyak perkara berubah dan saya tidak lagi boleh tidur seperti biasa.

"Sangat sukar sebab saya perlu bangun pada pukul 7 pagi setiap hari... Kalau dulu saya memang berjaga malam dan tidur pukul 10 pagi.

priya - 1

Priyanka dan Nick menyambut kelahiran anak pertama pada 2022.

"Sekarang semuanya berubah apatah lagi saya senang terjaga kalau dengar bunyi atau tangisan bayi," katanya.

Priyanka berkongsi perkara itu ketika muncul dalam siaran podcast Read The Room baru-baru ini.

Sementara itu, suami Priyanka iaitu penyanyi Nick Jonas pula memberitahu dia tidak pernah menyangka akan bergelar bapa selain menyifatkan ia pengajaran terbesar dalam hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tumpang lahir bayi pramatang, Priyanka Chopra akhirnya dapat bawa balik anak selepas 100 hari di NICU

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya dia! Nick Jonas dan Priyanka Chopra tunjuk wajah anak buat pertama kali

"Saya tak pernah sangka akan belajar cara menjaga anak. Beberapa bulan pertama saya dan Priyanka memang berdepan cabaran sehingga terfikir adakah kami sanggup melakukannya.

"Ia merupakan pengalaman berbeza namun memberi banyak pengajaran," ujarnya.

Untuk rekod, Priyanka dan Nick berkahwin pada 1 Disember 2018.

Pada Januari 2022, pasangan ini berkongsi berita gembira tentang kelahiran anak sulung mereka yang diberi nama Malti Marie melalui kaedah ibu tumpang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain