suria

Bekas kekasih curang dengan puluhan wanita, Nikita Mirzani sanggup mati daripada kembali ke pangkuan Rizky Irmansyah

ikita Mirzani dedah sikap buruk Rizky punca dia tawar hati.

SELEBRITI sensasi Nikita Mirzani mendedahkan bekas kekasihnya iaitu Rizky Irmansyah sering berlaku curang sepanjang mereka menjalinkan hubungan cinta.

Nikita, 38, berkata, hatinya remuk apabila Rizky berlaku curang terhadapnya dengan puluhan orang wanita sehingga membuatkan dia berasa seperti tidak percaya.

Disebabkan pengkhianatan itu, Nikita lebih rela mati daripada kembali merangkak ke pangkuan Rizky.

"Kembali semula kepadanya? Lebih baik saya mati... Saya rela tiada kehidupan, pekerjaan atau kawan-kawan asalkan saya tak merangkak balik padanya.

N

Nikita mengakui tiada niat untuk berbaik semula dengan Rizky.

"Bukan seorang dua tapi puluhan wanita! Betulkan hidup sendiri dulu," katanya.

Nikita mendedahkan perkara itu ketika melakukan video siaran langung di Instagram miliknya Ahad lalu.

Dalam pada itu, Nikita juga mendakwa Rizky bersikap mengongkong dan suka mengawal kehidupannya sepanjang mereka bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan bercinta, Nikita Mirzani dan pembantu calon presiden Indonesia putus - “Selamatkan diri kamu Rizky!”

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sudah berakhir, Nikita Mirzani dedah jadi mangsa dera bekas teman lelaki

Katanya, dia tidak kisah kehidupannya dikawal namun kecurangan Rizky membuatkan dia sudah tawar hati.

"Kalau mahu kawal orang pastikan diri sendiri pun betul tapi ini tidak, boleh curang dengan perempuan lain," katanya.

Tidak hanya itu, Nikita mendedahkan Rizky juga seorang yang panas baran malah cepat naik tangan jika dia melakukan kesalahan.

Rizky merupakan seorang ahli politik yang bertugas sebagai setiaussaha sulit kepada calon presiden Indonesia iaitu Probowo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain