suria

Ahli keluarga bocor rahsia, dedah Rikzy Febian dan Mahalini nikah 5 Mei ini di Bali

Mahalini dan Rikzy bakal tamatkan zaman bujang.

TEKA-TEKI hari bahagia pasangan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini Raharja terjawab apabila mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 5 Mei ini.

Memetik laporan DetikBali, pasangan tersebut dikhabarkan bakal mengadakan majlis pernikahan di Bali, Indonesia.

"Betul pada 5 Mei ini. Acara di Bali," dedah ahli keluarga terdekat Mahalini.

mahalini

Mahalini dan Rizky bakal disatukan selepas dua tahun bercinta.

Bapa Mahalini iaitu Gede Suraharja ketika ditemui media bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai khabar berkenaan.

Untuk rekod, Rizky dan Mahalini mengikat tali pertunangan pada 8 Mei 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah bertunang dengan Mahalini, Rizky Febian mahu berkahwin atas niat ibadah

ARTIKEL BERKAITAN: Sule enggan campur urusan cinta Rizky Febian dan Mahalini, tidak boleh halang walau beza agama

Rizky dikatakan mula bercinta dengan Mahalini pada 7 Februari 2023.

Hubungan cinta mereka dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga biarpun menganuti agama yang berlainan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain