suria

Sukarela serah diri kes dadah, Sik-K jawab dakwaan sedang berkhayal datang balai polis

SIK-K dengan rela serah diri ke balai polis

PENYANYI rap Korea Selatan SiK-K dilaporkan telah menyerahkan diri secara sukarela di atas kesalahan pengaruh dadah, baru-baru.

Tindakan berani Sik-K itu mengejutkan ramai peminat yang tidak menjangka penyanyi ini mengakui kesalahannya itu.

Menurut laporan TenAsia, penyanyi berusia 30-an ini menyerahkan diri kepada polis pada 19 Januari lalu.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pendedahan mengenai perkara itu kerana kes masih dalam siasatan polis.

Kecederaan bahu Sik-K yang dilaporkan pada awal tahun ini.

Kecederaan bahu Sik-K yang dilaporkan pada awal tahun ini.

Dalam laporan itu juga menyebut Sik-K menyerahkan diri dalam keadaan sedang berkhayal dan ujian siasatan pihak forensik mendapati penyanyi ini positif ganja.

Wakil pengurusan Sik-K bagaimanapun tampil mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan bahawa maklumat yang didedahkan itu adalah salah dan tidak berasas.

“Sik-K tidak pergi ke Balai Polis Yongsan di Seoul di bawah pengaruh dadah. Dia menunjukkan kelakuan pelik kerana kesan sampingan ubat selepas pembedahan.

"Namun Sik-K menyerah diri mengakui memiliki ganja dan rokok malah tiada komponen Philopon (sejenis methamphetamine) dikesan dalam keputusan ujian rambut Sik-K yang semasa siasatan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi rap masuk hospital alami kecederaan serius, tisu bahu koyak semasa jalani latihan tentera

ARTIKEL BERKAITAN: Polis geledah rumah Yoo Ah In cari bukti penggunaan dadah

Tambahnya lagi, Sik-K telah menjalani pembedahan di bawah bius am untuk rawatan kecederaan bahu yang dialami semasa berkhidmat dalam tentera, dan dia diberi ubat tidur sehingga dia keluar daripada hospital pada 18 Januari lalu.

Oleh kerana di bawah pengaruh ubat, Sik-K alami kecelaruan dan meninggalkan rumahnya sekitar pagi esok harinya ke balai polis untuk menyerah diri.

Dalam perkembangan lain, Sik-K dijadualkan untuk untuk membuat persembahan di "Hip Hop Playa Festival" pada 4 Mei ini dalam mempromosikan mini album terbarunya (3=1) yang dikeluarkan Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain