suria

Lisa Blackpink tak sorok hubungan dengan bos Tag Heuer... Sempat dating, makan aiskrim di taman

Peminat teruja melihat pasangan ini.

SEJAK khabar angin hubungan cinta di antara anggota Blackpink iaitu Lisa dan Frederic Arnault tersebar, segala gerak geri pasangan berkenaan sering menjadi bualan ramai.

Terbaharu, seorang peminat mendakwa melihat Lisa, 27, dan Frederic, 29, bersama-sama melawat sebuah muzium seni di Paris pada minggu lepas.

Dakwaan berkenaan dikuatkan lagi apabila sebuah foto mirip penyanyi itu sedang menikmati ais krim bersama seorang lelaki tular di media sosial.

Copy of Untitled (22)

Lisa dan Frederic dilihat bersiar-siar bersama di Paris.

Lisa dilihat bersiar-siar dengan seorang lelaki tinggi lampai yang dipercayai Frederic di sebuah taman berdekatan muzium tersebut.

Menurut peminat berkenaan, pasangan tersebut dilihat sangat tenang menikmati percutian tanpa menyorokkan identiti mereka.

Lisa turut dilihat selesa bersama Frederic membuatkan mereka nampak seperti pasangan normal yang lain.

"Selebriti Korea sangat relaks ketika bercuti di Eropah, tak perlu pakai kaca mata dan tiada juga yang mengganggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink beli banglo mewah RM19 juta di Beverly Hills

ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin Lisa Blackpink sedang hamil tidak benar, pereka fesyen dedah ukuran pinggang terkini

"Kedua-dua mereka nampak macam pasangan normal lain, saya sangat suka lihat interaksi mereka," katanya dalam satu hantaran di SNS.

Ini bukanlah kali pertama pasangan ini tampil di khalayak ramai, mereka pernah ditangkap menikmati makan malam bersama di sebeuah restoran.

Bukan itu sahaja, Frederic yang juga bos jenama Tag Heuer dilaporkan menghadiri persembahan istimewa Lisa di sebuah kelab pada September tahun lalu.

Bagaimanapun agensi Lisa iaitu YG Entertaiment mahupun LLOUD tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status hubungan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain