suria

Peminat bertuah dapat jaket milik Jay Chou, terima tawaran RM1.3 juta untuk jual semula

Xiao Zhou (kiri) bangga memiliki jaket Jay Chou.

SEORANG peminat bertuah berjaya memiliki jaket jenama mewah Christian Dior milik Jay Chou ketika menghadiri konsert penyanyi itu di Carnival World Tour di Hangzhou Olympic Sports Centre, China April lalu.

Peminat bertuah dikenali sebagai Xiao Zhou itu mencuri perhatian Chou selepas terpaksa berdiri dalam keadaan basah disebabkan hujan.

Melihat keadaan tersebut Jay, 45, mengambil jaket tersebut di belakang pentas sebelum meminta kru menyerahkan kepada Zhou yang duduk di kerusi VIP.

jay chou 2

Konsert Jay Chou mendapat sambutan hangat peminat.

Jaket berkenaan dilaporkan berharga RM66,000.

Zhou yang berkongsi kenangan indah itu di laman sosial miliknya turut mendedahkan menerima cokelat serta payung daripada penyanyi kesayangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink tak sorok hubungan dengan bos Tag Heuer... Sempat dating, makan aiskrim di taman

ARTIKEL BERKAITAN: Sukarela serah diri kes dadah, Sik-K jawab dakwaan sedang berkhayal datang balai polis

Perkongsian Zou mendapat perhatian banyak pihak sehingga ada menawarkan RM1.3 juta untuk membeli jaket tersebut.

"Bau jaket ini sangat wangi. Ia pemberian idola saya. Jadi saya tidak akan sesekali menjualnya.

"Peluang begini hanya datang sekali dalam hidup. Saya sangat berpuas hati," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain