RAMAI mendakwa pelakon Sandra Dewi menutup akaun Instagram bagi menghapuskan bukti di sosial medianya selepas suaminya, Harvery Moeis ditahan polis atas tuduhan rasuah. Bagaimanapun perkara itu disangkal oleh peguam menwakili suaminya iaitu Harris Arthur yang menegaskan tindakan Sandra itu kerana tidak tahan melihat dua orang anaknya menjadi bahan umpatan netizen di media sosial. "Dia sambil menangis beritahu saya anaknya dibuli. Itu yang buat dia sakit hati dan menutup akaun Instagram. Sandra sedih lihat anak-anak dibuli netizen. "Dia diam tapi sakit hati anaknya menjadi mangsa," katanya. Harris juga berharap netizen berhenti menggangu keluarga berkenaan sehingga perbicaraan selesai. "Kesian anak-anak masih kecil, mereka juga tidak tahu apa-apa harap orang ramai berhenti membuli mereka," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami ditahan tuduhan rasuah, Sandra Dewi pula berdepan penjara 5 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ungkit video lama anak Nikita, didakwa tiada adab jilat makanan sebelum beri kepada pembantu Sebelum ini, Harvey ditahan pihak berkuasa pada 27 Mac lalu atas dakwaan rasuah serta penyalahgunaan wang dalam syarikat miliknya. Malah Sandra juga bakal berdepan tindakan undang-undang atas tuduhan rasuah dan penyelewengan wang yang turut membabitkan suaminya. Ia susulan pihak berkuasa mendakwa Sandra turut menerima dana diragui hasil perniagaan milik suaminya. Jika disabitkan kesalahan, Sandra boleh berdepan hukuman penjara selama lima tahun atau denda sebanyak RM4 juta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!