suria

Heboh jadi isteri ketiga, Laudya Cynthia Bella akhirnya buka mulut jawab gosip kahwin ustaz

Laudya sedih apabila dirinya sering menjadi mangsa fitnah.

HEBOH di media sosial khabar angin mendakwa pelakon Laudya Cynthia Bella sudah pun melangsungkan pernikahan dengan pendakwah bebas iaitu Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri.

Lebih hangat apabila gosip itu mendakwa Laudya memilih untuk menjadi isteri ketiga kepada pendakwah berkenaan.

Enggan membiarkan spekulasi itu terus menjadi bualan netizen, Laudya menerusi kenalan rapatnya yang dikenali sebagai Kaditya Ayu tampil menyangkal dakwaan tersebut.

553 (22)

Bella menafikan dakwaan tersebut.

Malah, pelakon Syurga Yang Tidak Dirindukan turut mengesahkan itu merupakan berita palsu dan meluahkan rasa sedih apabila sering menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab.

"Bella cakap dia sedih dengan berita tak sahih yang viral di media sosial.

"Bella juga dan izinkan saya untuk memberitahu perkara sebenar kepada umum," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video perkahwinan dengan jejaka Arab, Laudya Chintya Bella doa terhindar daripada fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Laudya Cynthia Bella tak mahu bercinta lagi, hanya pilih lelaki untuk dijadikan suami

Gosip ini muncul selepas seorang pengguna Instagram memuat naik ucapan tahniah atas perkahwinan Laudya dan Nuzul Dzikri di media sosial.

Bagaimanapun, individu tersebut kemudiannya tampil memohon maaf dan memberitahu berita yang disampaikannya itu tidak benar.

Untuk rekod, Laudya pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada September 2017 namun rumah tangganya itu tidak bertahan lama dan mereka bercerai pada Julai 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain