suria

Lady Gaga mengaku dah bertunang depan PM Perancis, sama-sama tonton Olimpik Paris 2024

Gaga mengesahkan dia kini sudah bertunang.

DALAM diam-diam penyanyi Lady Gaga kini sudah bertunang dengan teman lelakinya iaitu Michael Polansky.

Perkara tersebut didedahkan oleh Gaga, 38, apabila dia memperkenalkan Michael sebagai tunangnya kepada Perdana Menteri Perancis iaitu Gabriel Attal.

"Ini tunang saya," katanya ketika bersalaman dengan Gabriel.

gaga 2

Gaga dan Michael (kanan) ketika bertemu PM Perancis.

Video berkenaan dikongsi di laman TikTok Gabriel ketika mereka sama-sama menghadiri acara renang sempena Sukan Olimpik 2024 yang kini sedang berlangsung di Kota Paris.

Menerusi kapsyen video berkenaan, Gabriel turut mengucapkan penghargaan buat Gaga yang tampil membuat persembahan di acara pembukaan temasya sukan berkenaan.

Hubungan Gaga dan Michael mula menjadi perhatian selepas mereka dilihat bersama meraikan tahun bahahu 2020 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion bakal muncul di pembukaan Olimpik Paris 2024, persembahan pertama selepas derita ‘stiff person syndrome’

ARTIKEL BERKAITAN: Hargai pengorbanan isteri sedang hamil... Justin Bieber ‘upgrade’ cincin tunang Hailey, mewah siap tambah berlian

Pasangan ini juga terbuka menunjukkan kemesaraan ketika sedang bercuti meskipun tiada sebarang kenyataan rasmi mengesahkan mereka bercinta.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar Gaga dan Michael melangsungkan pertunangan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain