PELAKON Rizky Billar dikhabarkan bakal menerima cahaya mata kedua apabila isterinya Lesti Kejora dilaporkan sedang hamil. Difahamkan usia kandungan isteri pelakon itu sudah pun memasuki 12 minggu. Berita itu turut diumumkan sendiri oleh pasangan itu sewaktu menghadiri program Dahsyatnya 4 Tahun Perjalanan Cinta Leslar yang disiarkan di stesen televisyen Indonesia baru-baru ini. Rizky Billar dapat kejutan berita isteri hamil anak kedua. "Kita ada satu perkara istimewa yang ingin kita sampaikan untuk saudara Leslar Lovers," Kata Lesti sewaktu temu bual berlangsung. Sewaktu program berlangsung, Lesti dilihat memberikan hadiah jam tangan semperna ulang tahun perkahwinan mereka keempat. Selain itu Lesti turut membuat kejutan istimewa dengan memberikan sebuah kotak yang didalamnya terdapat alat ujian kehamilan. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada ijazah tetap boleh berjaya, Rizky Billar anggap masuk universiti bukan keperluan ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar bengang netizen hina masih sewa rumah... Tunjuk bukti dah lama beli tanah, bayar tunai lagi "Kamu hamil? Dapat tahu dari mana? Sejak bila? "Ini berita paling bahagia yang sudah lama kita nantikan ternyata saya dapat hadiah ini... Ya Allah, semoga kehamilan kali ini berjalan lancar, bayinya sihat, amin terima kasih," kata Rizky Billar. Difahamkan Lesti sengaja menyimpan rahsia tersebut kerana mahu memberikan kejutan sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka. Pasangan ini menikah pada 19 Ogos 2021 dan hasil pernikahan tersebut mereka telah dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Levian Al Fatih Billar yang kini berusia setahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!