SUSULAN pengumuman pelakon Robert Downey Jr sah membawa watak Doctor Doom dalam francais filem Marvel, kebanyakkan peminat meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Rata-ratanya menyuarakan pandangan aktor Cillian Murphy lebih layak diberikan peranan tersebut berbanding Robert yang memegang watak sebagai Tony Stark dan Iron Man sebelum ini. Murphy pernah berlakon bersama Robert menerusi filem Oppenheimer, dan beberapa peminat mencadangkan bahawa pelakon Ireland itu lebih sesuai untuk Avengers: Doomsday. Robert dan Murphy pernah bergandingan dalam filem Oppenheimer. Sebelum ini, kematian Tony Stark dan Iron Man dalam Avengers: Endgame adalah dramatik, jadi ramai merasakan kepulangan Robert akan merosakkan francais berkenaan. Menjengah ke aplikasi X, peminat menyatakan kekecewaan kerana Murphy tidak diberikan peranan sebagai Doctor Doom. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Avengers: Endgame’ bukan pengakhiran tetapi bermulanya derap langkah baharu Marvel ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Tony Stark 'unfollow' semua pelakon Marvel? "Semua tahu yang Cillian Murphy pilihan terbaik, kenapa perlu kembalikan Robert ke dalam francais? "Marvel sangat terdesak sampai sanggup bawa Robert Kembali dengan menawarkan watak berbeza. "Saya suka Robert tapi untuk watak Doctor Doom adalah lebih baik dibawa oleh Cillian Murphy," tulis netizen di X. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!