PERSIDANGAN mahkamah berhubung pembunuhan anak pelakon Tamara Tyasmara turut membuka cerita baharu apabila dia membuat pendedahan pernah menjadi mangsa keganasan bekas kekasih yang juga merupakan tertuduh bagi kes tersebut. Tampil sebagai saksi, Tamara, 29, memberitahu Yudha Arfandi sudah banyak kali melakukan perbuatan itu sehingga mendatangkan kecederaan. "Awalnya hubungan kami baik, namun sejak Julai 2022 dia mula berlaku kekerasan fizikal. Sering berlaku hingga saya lupa berapa kali terjadi. Kepala saya ditolak, ditampar dan dipijak sehingga gegendang telinga saya pecah. Dante meninggal dunia dipercayai akibat dibunuh. "Kalau saya putuskan hubungan saya akan diugut. Saya takut dan sebab itu hubungan kami kembali," katanya. Tidak cukup dengan itu, Yudha juga pernah memberi ugutan bunuh kepada Tamara serta mahu melakukan perbuatan sama terhadap keluarganya. Tamara juga menambah dia bimbang sekiranya tindakan ganas teman lelakinya ketika itu boleh menjejaskan kerjaya sebagai seorang anak seni. ARTIKEL BERKAITAN: Sakan menari di TikTok selepas 6 bulan kematian anak, Tamara Tyasmara minta netizen jangan menyibuk ARTIKEL BERKAITAN: Tamara Tyasmara dikawal polis, menyesal tinggalkan anak dengan kekasih "Yudha ugut nak bakar rumah saya, bunuh anak saya. Dia juga mahu menyebarkan video saya minum minuman keras kepada pihak produski. "Saya takut jika dia berbuat demikian saya akan hilang pekerjaan," jelasnya. Yudha merupakan suspek pembunuhan anak Tamara iaitu Dante yang meninggal dunia akibat lemas di sebuah kolam renang pada 27 Januari lalu. Rakaman litar tertutup (CCTC) di premis berkenaan mendapati Yudha bertindak membenamkan kepala Dante beberapa kali sebelum disahkan meninggal dunia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!