PELAKON Angelina Jolie mendedahkan dia hampir menggunakan khidmat pembunuh upahan bagi menamatkan hayatnya sendiri. Jolie, 49, memberitahu tindakan luar kawalan itu dibuat disebabkan fasa gelap dilalui sehingga menjejaskan kesihatan mental pada usia 22 tahun. "Mungkin kedengaran gila, tetapi ada satu ketika saya hampir upah seseorang untuk membunuh saya. Tekanan perasaan jadi punca Jolie terfikir bunuh diri. "Ahli keluarga mungkin berfikir mereka tidak cukup menjaga saya sekiranya saya bunuh diri. Jadi lebih baik saya tamatkan nyawa dengan cara dibunuh," katanya. Pengakuan Jolie itu pastinya mengejutkan banyak pihak namun tidak menolak ia ada kaiatan dengan masalah peribadi yang pernah dikongsikan sebelum ini. Bagaimanapun Jolie bernasib baik kerana lelaki yang ditemuinya itu masih memberi ruang untuk dia berfikir sebelum membuat keputusan sebegitu. ARTIKEL BERKAITAN: Penonton tak setuju Robert Downey Jr kembali dalam ‘Avengers: Doomsday’, pilih Cillian Murphy bawa watak Doctor Doom ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga mengaku dah bertunang depan PM Perancis, sama-sama tonton Olimpik Paris 2024 "Dia seorang lelaki yang baik. Dia minta saya berfikir dahulu dan datang berjumpanya semula selepas dua bulan. "Selepas itu ada sesuatu yang mengubahkan pemikiran saya," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!