suria

Bakal suami dituduh jadi punca kematian pesakit, netizen minta Hani EXID fikir semula keputusan kahwin

Hani masih lagi mendiamkan diri berhubung isu melibatkan bakal suaminya.

BAKAL suami Hani EXID iaitu Yang Jae Woong dituduh lalai dalam menjalankan tugas sebagai pakar psikiatri sehingga menyebabkan kematian seorang pesakitnya.

Memetik laporan Allkpop, pesakit itu dilaporkan mengalami masalah ketagihan ubat kurus dan meninggal dunia selepas 17 hari menerima rawatan di hospital milik Jae Woong.

Sebelum itu pesakit mengadu mengalami kesakitan di bahagian abdomen namun diabaikan dan tiada bantuan perubatan diberikan.

hani e1

Keadaan pesakit ditemui dengan tangan dan kaki diikat.

Malah pesakit berkenaan juga didakwa dikurung oleh doktor dan jururawat di sebuah bilik tertutup sehingga ditemui meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, rata-rata netizen mula menyerang Instagram Hani kerana tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Lebih mengundang rasa marah netizen apabila Hani mengumumkan perkahwinannya selepas tiga hari kematian pesakit itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hani EXID bakal kahwin doktor psikiatri September depan

ARTIKEL BERKAITAN: Hani EXID akhirnya dedah wajah teman lelaki selepas 2 tahun bercinta

Mereka turut meminta Hani mempertimbangkan keputusan untuk berkahwin dengan Jae Woong.

Dalam pada itu, Jae Woong turut membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosialnya dan menyatakan bakal bertanggungjawab bersama staf hospital yang terlibat.

Pada Jun lalu, Hani mengumumkan dirinya bakal melangsungkan perkahwinan bersama Jae Woong pada September depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain