KETIADAAN pelakon Teuku Ryan ketika sambutan hari lahir anaknya iaitu Moana pada 26 Julai lalu menimbulkan spekulasi ramai. Ketika ditanya punca ketidakhadiran puterinya itu, Ryan mendakwa bekas isteri iaitu Ria Ricis yang tidak membenarkan dia bertemu dengan Moana. Berang dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya, Ria tampil menyelar dakwaan yang dibuat bekas suaminya itu. Ria mendakwa Ryan yang tidak mahu bertemu Moana. Menurutnya, giliran untuk bertemu Moana sudah pun ditetapkan namun, Ryan yang memilih untuk tidak berjumpa dengan anaknya. "Tak sangka dia boleh tuduh saya macam ini, jadual berjumpa anak sudah pun diubah. "Saya dapat pada hujung minggu sahaja, dan dia pada hari biasa. Tapi dia tak datang-datang jemput Moana!" katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis, Teuku Ryan sah cerai talak satu... Mahkamah arah bayar nafkah anak RM2,900 sebulan ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan punca Teuku Ryan abai nafkah batin, tak ghairah tengok Ria Ricis sebab fikir masalah Dalam pada itu, Ria turut mendedahkan yang Ryan pernah menghantar anaknya dengan menggunakan perkhidmatan hailing permotoran. "Moana pernah disuruh hantar menggunakan Gojek sebab ayah dia tak nak datang hantar sampai rumah saya. "Tapi saya tak sampai hati tengok anak saya kena naik motosikal, saya pesan kereta untuk dia," jelasnya. Mereka rasmi bercerai pada 3 Mei lalu. Untuk rekod, Ria dan Ryan mendirikan rumah pada 12 November 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana, 2 tahun. Bagaimanapun pasangan itu sah bercerai talak satu pada 3 Mei lalu. Ryan melafazkan talak itu di hadapan hakim Majlis Pengadilan Agama Jakarta Selatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!