suria

50,000 peminat sanggup berpanas, panjat bukit demi tonton konsert Taylor Swift percuma

Taylor berterima kasih dengan sokongan yang ditunjukkan peminat.

HAMPIR 50,000 peminat Taylor Swift memenuhi kawasan bukit di Munich, Jerman demi menyaksikan konsert jelajah The Eras Tour secara percuma.

Menerusi video yang tular di media sosial, peminat dilihat mengerumuni kawasan puncak bukit Olympiaberg kerana kawasan tersebut terletak berdekatan dengan lokasi konsert.

Tindakan mereka mengundang kebimbangan pihak penganjur memandangkan cuaca agak panas terik.

Copy of Untitled - 2024-07-30T122129.821

Keadaan Bukit Olympiaberg yang dipenuhi ribuan peminat.

Bagaimanapun, mereka langsung tidak menghalang peminat yang hadir malah turut menyediakan air minuman dan selimut untuk peminat berlindung daripada terik matahari.

Bukan itu sahaja, Taylor turut memuji kesungguhan peminat yang sanggup berpanas di luar stadium demi menonton persembahannya.

"Saya rasa sangat bertuah dapat beraksi depan 74,000 penonton di dalam stadium dan saya juga diberitahu hampir 50,000 orang lagi yang berkampung di luar stadium.

ARTIKEL BERKAITAN: 73,000 penonton menari sakan di konsert Taylor Swift cetuskan ‘gempa bumi kecil’, alat pengesan rekod gegaran

ARTIKEL BERKAITAN: PM Thailand dakwa Singapura bayar Taylor Swift untuk tidak anjur konsert di negara Asean lain

"Terima kasih kepada semua yang datang tak kisah awak di dalam atau di luar stadium, Saya sangat bertuah dikelilingi dengan peminat yang sayangkan saya!" katanya.

Taylor dijadualkan bakal berangkat ke Poland, Austria dan England sebelum menamatkan konsert jelajahnya pada hujung tahun ini.

Sepanjang berlangsungnya The Eras Tour sejak Mac tahun lalu, pelbgai kejayaan diraih Taylor, antaranya dia memecahkan rekod sebagai konsert dengan jualan tiket terbanyak di dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain