suria

Pertama kali jejak kaki ke Las Vegas, Ayu Ting Ting kena rompak

Ayu kongsi pengalaman di rompak ketika tiba di Indonesia.

PERTAMA kali menjejakkan kaki di Amerika Syarikat meninggalkan pengalaman buruk buat penyanyi Ayu Ting Ting apabila dia dan rakannya menjadi mangsa rompak.

Ayu memaklumkan beberapa barangan mewah milik dia dan rakan baiknya iaitu Cece seperti Chanel dan Dior di bawa lari perompak ketika berada di Las Vegas.

Tidak hanya barang jenama, benda penting seperti kad kredit, dompet dan beberapa dokumen penting turut di bawa lari perompak.

ayu 11

Keadaan kereta Ayu selepas dipecahkan.

"Ini pertama kali kami berada di sana dan tak sangka pula jadi mangsa rompakan.

“Itulah penting untuk tidak meninggalkan barang berharga di dalam kereta... Kad kredit, dompet dan barang berharga lain habis lesap,” katanya.

Ayu berkongsi perkara itu menerusi saluran YouTube miliknya yang memaparkan dia berada di sebuah balai polis negara itu untuk membuat laporan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih diam isu putus tunang, adik sindir Ayu Ting Ting punca ikatan terlerai

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting pilih tentera pangkat kolonel sebagai bakal suami, dilaporkan sudah bertunang

Berkongsi lebih lanjut, Ayu berkata, cermin kereta yang dinaiki mereka dipecahkan di beberapa bahagian oleh perompak bagi mencuri barang-barang milik mereka.

Penyanyi itu bagaimanapun bersyukur kerana tidak berada di tempat kejadian dan terselamat daripada sebarang kecederaan.

"Mereka tak boleh pecahkan cermin depan jadi mereka pecahkan bahagian kiri dan belakang kereta," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain