PELAKON Teuku Ryan menyangkal dakwaan dia seorang kaki kelab malam ketika masih bergelar suami kepada Ria Ricis. Terkejut dengan tuduhan dibuat bekas isterinya, Ryan menganggap ia fitnah tidak berasas malah Ria lebih mengetahui tentang sikapnya. Tidak hanya itu, Ryan juga kesal dengan sikap Ria menyebarkan cerita tidak benar apatah lagi statusnya sebagai seorang 'hajah'. Ryan dan Ria kembali berbalah jadi perhatian ramai. "Tergamak awak fitnah saya seperti ini? Padahal awak seorang wanita yang bergelar hajah. "Bila masa saya ke disko dan berpelukan dnegan perempuan lain semasa kita berkahwin? Rasanya saya sibuk bekerja ketika itu. "Saya pun sama-sama membayar semua keperluan rumah dan ada 'peluh' saya juga sepanjang kita berkahwin," katanya. Dalam pada itu, Ryan sudah penat melayan drama bekas isterinya itu dan berharap semua perkara berkaitan mereka segera dihentikan. ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan tak bagi jumpa anak melampau, Ria Ricis geram Teuku Ryan sanggup upah rider hantar balik rumah ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis, Teuku Ryan sah cerai talak satu... Mahkamah arah bayar nafkah anak RM2,900 sebulan "Saya sudah penat bercakap mengenai perkara ini. Fitnah tetap berleluasa, saya harap puan (Ria) bercakap jujur," katanya. Untuk rekod, Ria dan Ryan mendirikan rumah pada 12 November 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana, 2 tahun. Bagaimanapun pasangan itu sah bercerai talak satu pada 3 Mei lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!